SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Anglo Chinese School (ACS) diasaskan pada 24 Januari 1910 dengan bilangan murid seramai 7 orang sahaja di sebuah rumah orang kaya Cina di Heereen Street, Melaka. Gurunya ketIka itu ialah Rev. C. C. Underhill.

Pada tahun 1911, sekolah ini dipindahkan ke sebuah kedai di Jalan Kubu, Melaka.

Pada tahun 1917, sekolah ini terpaksa ditutup kerana kekurangan murid. Pada tahun berikutnya iaitu 1918, sekolah ini dibuka semula hasil usaha Rev. W. E. Horley dengan bilangan murid seramai 60 orang. Walau bagaimanapun, bilangan murid kian merosot pada akhir tahun tersebut.

Pada tahun 1919, Mr. J. A. Oswald tiba dari Kuala Lumpur untuk mengelolakan sekolah ini dengan bilangan mund seramai 54 orang. Darjah tertinggi ketika itu ialah Standard 4 atau Tahun 6 pada masa kini.

Pada tahun 1922, Rev. Dodwarth berjaya mumbeli 17 ekar tanah di Jalan Tengkera. Sebuah asrama murid Melayu yang datang dari luar bandar Melaka telah dibina. Mereka bersekolah di sekolah yang terletak di Jalan Kubu, Melaka.

Bangunan sekolah yang ada hari ini dibina pada tahun 1941. Cantuman sekolah menengah dan sekolah rendah. Sebulan selepas sekolah dibuka, tentera Jepun menguasai Melaka dan mereka menjadikan bangunan sekolah sebagai markas mereka sehingga tahun 1945. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, bangunan sekolah telah dibaik pulih. Encik. Goh Choon Lim menjadi Pengetua dari tahun 1945 hingga 1960.

Mengikut kehendak Laporan Razak (1958), sekolah menengah dan sekolah rendah yang bergabung hendaklah dipisahkan menjadi dua buah sekolah. Maka 1 Januari 1958, Sekolah Anglo Chinese (ACS) menjadi Sekolah Menengah Anglo Chinese (ACS) dan Sekolah Rendah Anglo Chinese (ACS). Encik Chan Ah Hin dilantik menjadi Guru Besar Sekolah Rendah Anglo Chinese (ACS) mulai 1 Januari 1958. Mulai 1 Januari 1976, nama sekolah telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS). Sekolah ini telah diterajui oleh beberapa orang Guru Besar sehingga kini.
















GURU BESAR

GURU PENOLONG KANAN





No comments:

Post a Comment